KGT Star Resources
KGT Star adalah sebuah platform yang ditubuhkan bagi memberi laluan kepada bakat-bakat baru dalam Seni Lakon yang baru nak up! (BBNU). KGT Star telah berdaftar dengan SSM sebagai sebuah syarikat perkongsian yang diberi nama KGT Star Resources (No. Pendaftaran: AS0403851-D).
Perniagaan utama KGT Star ialah menyediakan alat pemasaran kepada talents yang telah berdaftar dengan kami seperti; comcard, webpage, video pemasaran dan sebagainya untuk mengetengahkan bakat yang ada pada diri mereka.
Selain itu, mereka yang telah berdaftar secara rasmi dengan KGTStar akan diberi keutamaan untuk terlibat di dalam aktiviti-aktiviti anjuran KGTStar seperti kelas lakonan, photoshoot, berlakon di dalam filem-filem pendek terbitan KGTStar dan sebagainya.
KGTStar juga bertindak sebagai agensi pencarian bakat kepada pihak penerbit drama TV dan Filem, mahupun penerbit video pendek di media sosial seperti Youtube dan Facebook.
Sehingga kini, talents yang bersama-sama dengan KGT Star terdiri daripada mereka yang berusia dari 60-an sehinggalah kanak-kanak berumur 7 tahun.
Berminat untuk menyertai KGTStar? Sila baca Syarat-syarat terlebih dahulu DI SINI.