Menjadi platform untuk mereka yang nak mencipta nama dalam industri seni (khusus untuk seni lakon) berteraskan garis panduan yang betul supaya dapat menjadi star yang dapat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. – Tidak penting diri sendiri.
Menjadi sebuah komuniti yang boleh bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain tanpa ada sikap-sikap negetif, iri hati dan sebagainya.
Memberi peluang anak seni untuk terus berkarya, bukan sekadar berlakon untuk hiburan tetapi boleh menjadikan bidang seni sebagai platform dakwah dan mengajak ke arah kebaikan.
Memudahkan dan melancarkan urusan bagi penerbit-penerbit drama dan filem yang ingin mencari bakat baru dan berpotensi dari luar bandar, boleh berhubung dengan pihak kami untuk mendapatkan talent yang sesuai dengan kehendak watak dan sebagainya.
Melahirkan bakat-bakat seni yang berdaya saing dan persaingan yang sihat.
MISI
Menerbitkan beberapa karya sendiri secara konsisten agar setiap pihak yang terlibat sama ada di depan atau di belakang tabir melatih diri untuk terus berkarya dan mendapat manfaat bersama daripada hasil karya tersebut melalui credit nama yang dipaparkan.
Menyediakan beberapa kursus kepada ahli-ahli KGT Star – tenaga pengajar terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam industri.
Melatih talent untuk tidak sekadar menunggu peluang yang datang, tetapi bijak mencipta peluang sendiri.
Aktif menjalankan kerja-kerja amal dan support sesama ahli
Memanfaatkan media sosial agar dapat mempromosi diri dan team KGT secara menyeluruh.