KGT Star telah menganjurkan Bengkel Asas Penulisan Skrip, Lakonan dan Pengarahan pada 25 & 26 Oktober 2019, bertempat di Bangunan SADA, Alor Setar. Penceramah jemputan kami kali ini ialah Dr. Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London.
Jumlah peserta kali ini seramai 20 orang. Hari pertama kami mendapat kunjungan tetamu-tetamu istimewa yang diundang khas iaitu, pelakon Abu Bakar Omar, Abdul Munir Md Isa (Pak Abang) dan Zainol Zubera.

Kesemua otai-otai industri Drama TV, Filem dan Teater ini masing-masing berkongsi pengalaman mereka dan memberi beberapa tip dan pesanan kepada peserta-peserta kami. Alhamdulillah, kesemuanya nampak sangat teruja.
KGT Star juga amat berbesar hati dan terharu dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh mereka.
Semoga kalian terus doakan kami di KGT Star dan semoga usaha kita semua dipermudahkan oleh Nya