Tentunya anda ke sini untuk mencari format atau yang betul untuk membuat susunan closing credit / end credit. Tahniah, anda di tempat yang betul dan sila teruskan bacaan.
Jika diikutkan, tiada format yang khusus untuk susunan sesuatu closing credit atau juga dikenali sebagai end credit. Namun, susunan yang kami kongsikan di sini adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak RTM.
Senarai ini sangat penting untuk rujukan penyunting atau individu yang kerjanya membuat grafik khas untuk end credit, untuk siaran di RTM. Admin merujuk senarai di bawah ini daripada surat yang dilampirkan oleh RTM kepada pihak penerbit untuk tujuan rujukan.
(Sila abaikan pada perkara yang tidak berkaitan)
Penghargaan/ Terima Kasih
Skrip
Pementasan
Peralatan
Solekan/ Jurusolek
Jurutari/ Perekatari
Jurulatih Silat
Pakaian /Jurupakaian
Lampu / Jurulampu
Pembantu Juruteknik Lampu
Audio / Juruaudio
Pembantu Juruaudio
Jurukamera
Pembantu Jurukamera
Montaj
Muzik Montaj
Lagu Tema / Lagu, Lirik, Penyanyi, Gubahan
Pengadun Suara
Penyunting Video
Pascapenerbitan
Pereka Grafik
Pereka Set
Pembantu Penerbitan
Pengurus Penerbitan
Penolong Pengarah
Penerbit Eksekutif
Penerbit Teknik
Pengarah
Logo Syarikat
Logo RTM & Hak Cipta Terpelihara
(mengikut tahun penerbitan)

Ok, sekian sahaja perkongsian dari KGT Star. Semoga memberi manfaat kepada anda yang sedang membaca.
Jika anda ada persoalan yang ingin kami jawab, atau mempunyai sebarang pandangan atau cadangan terhadap KGT Star, sila hubungi kami di sini.